Sunday, June 13, 2010

Skor A program...

eTopic

Di sini anak anda diberi soalan-soalan mengikut topik setiap subjek. Untuk memudahkannya faham, 15 soalan setiap subjek akan diberikan dan ada 3 set soalan untuk setiap topik tersebut.

Kalau satu subjek (Matematik contohnya), ada 10 topik, jadi dia akan mendapat 450 soalan (15 x 3 x 10 = 450)

eNational Trial Exam

Peperiksaan percubaan secara online juga diadakan serentak di seluruh negara. Dengan membuat soalan ini, pelajar-pelajar yang menggunakan Score A akan lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebenar.

eTrial Exam


Modul ini dicipta untuk memastikan anak anda seolah-olah menjawab peperiksaan sebenar di mana ketika pelajar menjawab soalan, akan ada Countdown Timer berdasarkan jangkamasa peperiksaan sebenar.

Kalaulah dia tak siap dalam masa yang ditetapkan, soalan akan "tertutup" dan anak anda tidak lagi boleh menjawabnya.

Dengan ini dia akan lebih sensitif dengan masa dan takkan leka bermimpi semasa peperiksaan.

Ada 10 set soalan eTrial Exam yang boleh diambil oleh anak anda yang mana terdapat 400-500 soalan setiap subjek dan bergantung epada tahap belajar mereka.

eAssessment

Berbanding dengan cara tradisional di mana anak anda terpaksa membuka buku untuk belajar, eAssessment membolehkan anak anda belajar dalam bentuk games bermula pada tahap easy.

Kemudian, jika dia dapat menjawab 80% daripada soalan-soalan diberi dengan betul, dia akan berada di tahap itu sehinggalah berjaya.

Dan kalau dia sentiasa "gagal" untuk mencapai 80% pun, dia sebenarnya telah didedahkan dengan soalan tersebut banyak kali sehinggakan nanti masa peperiksaan sebenar dia tahu betul-betul apa jawapannya kerana terpaksa jawab soalan tersebut!


Soalannya juga dipilih rawak jadi dia takkan rasa bosan membuatnya walaupun dia masih lagi pada tahap yang sama.Dan ya, ada dekat 1000 soalan bagi setiap subjek dalam eAssessment ini.

ePast Year Exam

Satu-satunya e-learning portal yang diberikan hak untuk menerbitkan kembali kertas-kertas peperiksaan sebenar UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga sekarang daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Ya, mereka boleh buat terus soalan-soalan peperiksaan dahulu-dahulu di Score A portal.

eProgress (khas untuk ibu bapa)

Seperti yang anda tahu budak-budak ni susah sikit nak percaya. Jadi eProgress membolehkan ibu bapa untuk memantau dan mengikuti perkembangan anak-anak. Ini memudahkan ibu bapa diberitahu tentang semua latihan-latihan yang dilakukan oleh anak-anak mereka.

Anda juga akan diberitahu tentang bilangan soalan percubaan yang telah dilakukan oleh anak anda bagi setiap topik. Maklumat ini membolehkan anda mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.

eNotes

Anak anda juga akan diberi eNotes, nama glamer untuk nota ringkas tetapi padat dan ianya disediakan oleh guru-guru pakar mata pelajaran dari seluruh Malaysia. Ianya boleh membantu anak anda untuk mengulangkaji dan membuat rujukan dan berkonsepkan peta minda (senang kaitkan antara satu fakta dengan fakta lain).

eDictionary

Kalau ada terma yang susah difahami, eDictionary boleh membantu. Ianya dicipta khas untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan matematik untuk membantu anda menterjemah perkataan-perkataan yang tidak difahami oleh pelajar.

Tak payah lagi belek kamus tebal untuk mencari makna satu perkataan.

Ibu Bapa: eReport Card (Online dan SMS) untuk ibu bapa

Melalui eReport ini anda akan diberitahu setiap kali anak anda menjawab soalan dalam portal pendidikan Score A itu. Segala keputusan, masa yang diambil, serta topik yang dijawab akan dihantar serta merta kepada telefon bimbit anda (kalau anda nak, anda boleh juga melihatnya di Internet).

Ini memudahkan ibu bapa memeriksa prestasi akademik anak dan membantu anda mengetahui kekuatan dan kelemahan anak anda. Walaupun anda di pejabat, anda masih lagi boleh memantau anak anda (jadi anda tahu dia tak merayap sana sini masa anda tidak ada di rumah!)

Jika anda mahu, anda boleh membantunya untuk memperbaiki kelemahannya dan disebabkan ianya "instant", anda akan mengetahui masalah dihadapi anak anda dengan cepat dan tidak lagi bergantung 100% kepada laporan sekolah (yang hanya diberikan di pertengahan dan apabila dekat nak exam sahaja).


Senarai Penganugerahan 100 Pelajar Cemerlang Seluruh Malaysia


Nak tahu performance anak anda berbanding pelajar-pelajar top negara ini? Anda boleh mengetahuinya di Honor's Roll Score A. Di sini anda akan mengetahui di mana dia berapa berbanding 100 pelajar terbaik bagi setiap subjek.

Jika anak anda tersenarai di sini, kemungkinan besar dia akan berjaya dalam exam sebenar nanti.

Ini juga secara tak langsung menggalakkan anak anda kerana kebanyakan budak tak suka kalau ada orang lebih baik daripada mereka. Mereka juga teringin nak jadi salah seorang top 100 untuk subjek yang mereka gemari.